KELEBIHAh BROADBAND

Dengan menggunakan broadband, kita tidak perlu tunggu lama depan PC sehingga lima minit, semata-mata membuka e-mel apatah lagi hendak ‘download’ bahan. Ia membolehkan kita menghantar maklumat ataupun menerima dengan pantas sehingga 40 kali ganda lebih pantas jika dibandingkan dengan modem berkeupayaan 56kbps.

Dalam hal data eletronik pula, kesan yag sama boleh diperolehi dengan teknologi kabel yang maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia.
Jalur lebar (broadband) adalah medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi. Ia berbeza dengan jalur sempit (narrowband); kedua istilah merujuk kepada kelebaran spektrum frekuensi tersedia untuk penggunaan komunikasi. Contoh yang nyata adalah ADSL, di mana 'suara' dan data berkongsi bahagian yang berlainan dalam dawai kuprum ('suara' dikendalikan di bawah frekuensi 3.3 kHz manakala data dikendalikan di atas 138 kHz).
Satu-satunya perkhidmatan yang aku gunakan setakat ini yakni perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar Celcom. Setelah hampir setahun memberikan perkhidmatan yang memberangsangkan, kini dah buat hal.



Sejak dua tiga lepas aku tak dapat akses blog yang mempunyai iklan dari Nuffnang. Malah aku tak dapat akses ke akaun Nuffnang.
Mungkin akan menjadi persoalan kepada kau kenapa aku tak puas hati!? Kau hanya boleh bayangkan seperti ‘orang yang tiada kaki’ yang bergantung kepada internet! Ya sudah pastilah dia hanya akan bergantung kepada perkhidmatan yang sedia ada. Apatah lagi susah untuk bergerak kesana kemari dan tidak punyai pendapatan tetap!


Berdasarkan pada
coretan yang lalu, aku berpendapat ramai lagi yang punyai masalah yang sama. Tapi aku percaya antara kau yang bernasib baik mungkin kerana kawasan penerimaannya yang baik.


Perkhidmatan yang disediakan oleh Celcom ini adalah salah satu yang sebelum ini menjadi kebanggan Malaysia dalam menyediakan khidmat talian internet. Ianya selaras dengan keupayaan untuk menyediakan perkhidmatan talian internet tanpa wayar (wireless) dan lebih dikenali dengan panggilan Celcom Broadband.
Aku rasa sudah hampir setahun aku telah menggunakan sepenuhnya perkhidmatan ini. Sebelum ini aku agak teruja dengan perkhidmatannya yang membolehkan aku berada dalam talian hampir setiap lokasi yang aku singgah dan memudahkan kerja-kerja aku dibawa kesana kesini.
Yang menjadi persoalan sejak sebulan kebelakangan ini ialah perkhidmatannya semakin menurun dan semakin teruk! Bukankah sepatutnya mereka lebih berpengalaman dan menaik taraf perkhidmatan mereke menjadi lebih baik!?

Apa yang berlaku kini seperti tiada penghujung. Aku yang mengharapkan talian internet yang stabil hampir tidak dapat menjalankan kerja-kerja yang sudah pasti merupakan punca pendapatan pasif aku. Rasanya sudah lama bersabar, ‘ibarat sudah jatuh ditimpa tangga’.
Memuatnaik gambar, flash, aplikasi java, email dan video semuanya lumpuh. Lihat sahajalah kemaskini blog tanpa gambar-gambar, kelihatan tidak menarik. Dan yang lebih malang lagi, aku hampir tidak boleh akses ke blog aku sendiri! Apa yang boleh dibanggakan lagi!?
Setiap bulan bayar bil tetapi perkhidmatan tidak seperti yang digambarkan. Tidak berbaloi. Kau boleh gambarkan jika kau adalah seorang penulis sepenuh masa dan mempunyai niche blog yang memerlukan komitmen tinggi untuk mendapatkan pendapatan pasif. Bagaimana duni blog di Malaysia akan maju?
Aku rasa mungkin kau alami perkara yang sama. Sudilah berkongsi pengalaman kau tentang perkhidmatan ini. Semoga ianya mendapat perhatian dan diselesaikan seberapa segera!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan